Jumaat, 27 Julai 2012

Tetamu cuci pinggan


Penduduk Sungai Petani, Kedah dan Kampar, Perak ‘dikejutkan’ dengan kehadiran Skuad Sunlight yang menawarkan perkhidmatan mencuci kira-kira 5,000 pinggan mangkuk di rumah mereka secara percuma, baru-baru ini.

Usaha itu berikutan pelancaran kempen ‘Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight’ bertujuan memudahkan kerja mencuci pinggan mangkuk supaya suri rumah dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Kempen bermula sejak Jun lalu itu sudah menggerakkan Skuad Sunlight ke rumah penduduk di kawasan pinggir dan luar bandar di seluruh negara bagi menunaikan permintaan setiap suri rumah bagi mengurangkan masa mencuci pinggan dan menikmati saat indah lebih lama bersama keluarga mereka.

Pengurus Jenama Kanan, Bahagian Penjagaan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Cindy Tan berkata, suri rumah bertuah dapat berehat apabila Skuad Sunlight mengambil alih tugas mencuci pinggan mangkuk di rumah mereka sepanjang hari itu.

Katanya, Skuad Sunlight turut berkongsi beberapa tip mencuci pinggan mangkuk secara mudah dengan usaha minimum, prestasi maksimum iaitu hasil daripada kuasa menghilangkan minyak lebih daripada 100 limau dalam setiap botol Sunlight. “Malah sejak dulu lagi limau diketahui mempunyai kuasa menghilangkan minyak. Sebiji limau cukup berkuasa untuk menghilangkan bekas minyak, maka cuba bayangkan kuasa lebih daripada 100 biji limau dalam setiap botol Sunlight untuk mencuci pinggan mangkuk dapat membantu mengurangkan kerja suri rumah.

“Justeru masa terluang itu dapat dimanfaatkan oleh suri rumah untuk memberi perhatian kepada perkara lebih penting dalam urusan harian mereka,” katanya.

Beliau berkata, peranan Skuad Sungliht banyak membantu dalam memperkukuhkan lagi usaha mereka menawarkan alternatif dengan menjadikan kerja mencuci pinggan mangkuk suatu perkara yang tidak lagi membebankan.

Seorang suri rumah, Nor Azizah Mat Jidi, 37, berkata, dia agak terkejut apabila menerima kunjungan skuad berkenaan ke rumahnya.

Katanya, dia sangat gembira dengan kunjungan itu malah jarang sekali ada pihak yang sudi membantu golongan suri rumah mencuci pinggan mangkuk dan meringankan beban mereka.

“Kempen ini sangat bagus kerana ia membantu suri rumah meluangkan lebih masa berkualiti bersama keluarga daripada melakukan kerja-kerja mencuci pinggan, jika kita menggunakan produk yang betul,” katanya.

Sehingga kini, skuad berkenaan sudah melawat hampir 1,000 rumah di Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka untuk memperluaskan usaha minimum bagi kerja mencuci pinggan dan mencapai prestasi maksimum, tanpa tanda-tanda kesan kotoran. atau bekas bersabun.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular